Rabu, 21 Oktober 2009

Pantai Kasih Sayang


Sepanjang pantai ini
Terlukis pelbagai kisah
Ada yang suka
Ada yang duka
Ada yang gembira
Ada yang lara

Kususuri pantai ini
Tergambar kenangan lampau
Pada semua kenangan
Pada semua sejarah
Yang pernah berlaku

Kuimbas semula
Segala yang terjadi
Sepanjang pantai ini
Memberi inspirasi
Buatku
Menuju puncak gemilang

Segala yang dilukis
Segala yang diwarna
Bakal menjadi dorongan
Buatku
Menuju puncak kejayaan

Akan ku terus
Susuri
Pantai ini
Demi sebuah harapan
Demi sebuah impian
Sepanjang pantai
Dibajai indah
Halus pasir
Kasih sayang


Nidron Sd
UPM, Serdang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan